13.987, Calls: Kebangsaan Linguistik, Terjemahan/Interpretasi

LINGUIST List linguist at linguistlist.org
Wed Apr 10 03:34:47 UTC 2002


LINGUIST List:  Vol-13-987. Tue Apr 9 2002. ISSN: 1068-4875.

Subject: 13.987, Calls: Kebangsaan Linguistik, Terjemahan/Interpretasi

Moderators: Anthony Aristar, Wayne State U.<aristar at linguistlist.org>
            Helen Dry, Eastern Michigan U. <hdry at linguistlist.org>
            Andrew Carnie, U. of Arizona <carnie at linguistlist.org>

Reviews (reviews at linguistlist.org):
	Simin Karimi, U. of Arizona
	Terence Langendoen, U. of Arizona

Editors (linguist at linguistlist.org):
	Karen Milligan, WSU 		Naomi Ogasawara, EMU
	James Yuells, EMU		Marie Klopfenstein, WSU
	Michael Appleby, EMU		Heather Taylor-Loring, EMU
	Ljuba Veselinova, Stockholm U.	Richard John Harvey, EMU
	Dina Kapetangianni, EMU		Renee Galvis, WSU
	Karolina Owczarzak, EMU

Software: John Remmers, E. Michigan U. <remmers at emunix.emich.edu>
          Gayathri Sriram, E. Michigan U. <gayatri at linguistlist.org>

Home Page:  http://linguistlist.org/

The LINGUIST List is funded by Eastern Michigan University, Wayne
State University, and donations from subscribers and publishers.



Editor for this issue: Karen Milligan <karen at linguistlist.org>
 ==========================================================================

As a matter of policy, LINGUIST discourages the use of abbreviations
or acronyms in conference announcements unless they are explained in
the text.

=================================Directory=================================

1)
Date:  Thu, 04 Apr 2002 09:56:22 +0800
From:  "Nor 'Aini Ismail" <inoraini at usm.my>
Subject:  Seminar kebangsaan bahasa, terjemahan, interpretasi 23-24 julai 2002[penang]

-------------------------------- Message 1 -------------------------------

Date:  Thu, 04 Apr 2002 09:56:22 +0800
From:  "Nor 'Aini Ismail" <inoraini at usm.my>
Subject:  Seminar kebangsaan bahasa, terjemahan, interpretasi 23-24 julai 2002[penang]


JEMPUTAN


Seminar Kebangsaan Linguistik, Terjemahan & Interpretasi
Sidang Akademik 2002/2003


Cabaran Linguistik Dalam Era Intelektualisme


23-24 Julai 2002
(Selasa & Rabu)
8.00 pagi hingga 5.00 petang


Dewan Persidangan Universiti
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang


Anjuran

Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan & Interpretasi
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia


Tujuan

Nilai dan potensi yang diperlihatkan oleh bidang bidang linguistik teras
dan terapan, yang mencakupi  bidang terjemahan dan interpretasi,  tidak
berapa dihargai sepenuhnya oleh masyarakat.  Malah, di Malaysia, bidang
ini sering dihadkan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa
semaata-mata.    Oleh itu, satu seminar kebangsaan akan diadakan untuk
membicarakan tentang cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh bidang
linguistik dan sub-bidangnya serta nilai dan potensi bidang ini dalam
era intelektualisme dan globalisasi ini.

Topik

Bahagian menjemput penghantaran kertas kerja tentang semua aspek
linguistik, terjemahan, dan interpretasi, tetapi tidak terhad kepada:

fonetik, fonologi, sintaksis, semantik, pragmatik, wacana,
sosiolinguistik, psikolinguistik, linguistik berkomputer, linguistik
forensik, terjemahan dan  interpretasi teks lisan dan bertulis L1 ke L2,
hubungan linguistik dan pengajaran bahasa


Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu


Ringkasan Pembentangan

Setiap ringkasan akan diwasit oleh saatu panel pemilih.  Calon
pembentang digalakkan menggunakan e-mail untuk menghantar ringkasan.
Namun begitu, abstrak ini  hendaklah dihantar sebagai sebahagian
kandungan e-mail dan bukan sebagai fail lampiran.  Hantarkan kepada
haslina at usm.my dengan satu salinan (di'cc'kan) kepada radiah at usm.my,
aniswal at usm.my dan arokiah at usm.my.  Tetapi jika terpaksa  menggunakan
pos biasa, alamatkan kepada alamat yang disediakan di bawah.


Abstrak Pembentangan

Setiap calon pembentang juga dikehendaki menertakan abstrak yang
panjangnya tidak melebihi 300 perkataan untuk dimasukkan ke dalam buku
program, jika ringkasan pembentangannya  diterima.


Berikut ialah format penghantaran ringkasan dan abstrak pembentangan

tajuk kertas
nama pembentang
alamat, no. talipon, no. faks dan  alamat e-mail
ringkasan pembentangan (panjang: 700-1000 perkataan)
bibliografi
abstrak pembentangan


Pihak sekretariat akan memaklumkan calon melalui e-mail bahawa setiap
penghantaran ringkasan dan abstrak kertas kerja telah sampai dengan
sempurna kepada pihak sekretariat.


Tarikh Akhir Penghantaran Tajuk, Ringkasan dan Abstrak Kertas
15 Jun  2002


Tarikh Pemberitahuan Penerimaan atau Penolakan Ringkasan Pembentangan
1 Julai  2002
(melalui e-mail)


Masa Pembentangan
30 minit (20 bentang + 10 soal-jawab)

Alat
OHP dan projektor LCD
(Sila maklumkan kepada pihak sekretariat jika peeralatan lain perlu
disediakan.)


Yuran Penyertaan
(abstrak, program, makan tengahari, kudapan pagi & petang)

RM 250.00 (Bukan Pelajar)
RM 600.00  (Institusi - setiap kumpulan 3 orang)
   RM 100.00 (Pelajar)



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:


Setiausaha
Seminar Linguistik, Terjemahan & Interpretasi
Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan & Interpretasi
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
MALAYSIA
(u.p: Dr. Haslina Haroon)


Tel:   604-6577888 samb.  3371/3373/3375
Faks: 604-6563707
e-mail:   radiah at usm.my (Radiah Yusoff)
 aniswal at usm.my (Aniswal Ab. Ghani)
haslina at usm.my  (Haslina Haroon)
arokiah at usm.my (Rokiah Awang)

---------------------------------------------------------------------------
LINGUIST List: Vol-13-987



More information about the LINGUIST mailing list